Aprilia RSV4 , Touno V4 Factory masuk M’sia

PEMINAT motosikal berkuasa tinggi jenama Aprilia kini boleh merialisasi impian mereka untuk mendapatkan model terbahru dari syarikat pengeluar motosikal Itali itu.

DIDI Resources Sdn Bhd selaku pengimport dan pengedar tunggal motosikal itu di Malaysia dilapor telah membawa masuk model berprestasi tinggi RSV4 1100 Factory dan Tuono V4 1100 Factory.

Dijana enjin unit empat silinder V 1,077 cc, kedua-dua model ini ditala bagi mendapatkan karekter tunggangan berbeza.

RSV4 bakal menghasilkan 217 kuasa kuda (hp) pada 13,200 putaran enjin (rpm) dan 122 tork (Nm) pada 11,000 rpm, manakala Tuono V4 pula dikuasakan dengan hanya 177 hp pada 11,000 rpm dan 121 Nm tork pada 9,000 rpm.

RSV4 1100 Factory

Ditala untuk digunakan di litar atau jalan raya. Jentera ini didatangkan dengan kelengkapan termaju, ia antaranya Fork Ohlins NIX 43 mm, monoshock Ohlins TTX serta steering damper.

Turut dilengkapi adalah cakera berkembar 330 mm. Angkup Brembo Stylema empat piston Brembo di hadapan yang disambungkan dengan sistem kawalan Bosch 9.1 MP, Sistem Brek Antikunci (ABS) serta ekzos jenis titanium penuh dari Akrapovic.

Panel badannya pula menggunakan gabungan bahan plastik impak tinggi dan gentian karbon (termasuk winglet) bagi mengurangkan berat keseluruhan jentera ini.

Paling menarik adalah bahagian kerangkanya termasuk kedudukan headstock dan tinggi enjin serta bahagian lengan ayun yang boleh dilaras untuk disesuaikan gaya tunggangan yang sebelum ini hanya terdapat pada jentera-jentera perlumbaan.

RSV4 1100 Factory juga dilengkapi sistem elektronik Kawalan Cengkaman (ATC), Kawalan Wheelie (AWC), Kawalan Pelancaran (ALC), Kawalan Cruise (ACC), Pengawal Kelajuan (APL) dan tiga pilihan mod tunggangan (Track, Sport dan Race).

Selain itu ia juga turut dilengkapi sistem kawalan di selekoh, kawalan roda belakang dan pilihan tiga tahap kekuatan brek bagi mendapatkan hasil tunggangan paling sesuai untuk penunggang dalam apa juga keadaan.

Untuk pasaran Malaysia, Aprilia RSV4 1100 Factory ini ditawarkan pada harga bermula dari RM159,900 (atas jalan tanpa insurans) dan jaminan dua tahun tanpa had perbatuan.

Tuono V4 1100 Factory

Sesuai untuk penunggang yang mahu tunggangan lebih bersahaja tetapi bertenaga, Tuono V4 1100 Factory diperkenalkan pada harga bermula RM119,000 bagi pasaran tempatan.

Dengan spesifikasi yang tidak menghampakan, jentera ini dilengkapi sistem suspensi semi aktif elektronik. Unit Smart EC 2.0 disambungkan kepada fork Ohlins NIX dan monoshock Ohlins.

Bahagian brek pula menggunakan cakera 330mm berkembar serta angkup Brembo M50 empat piston di hadapan. Bahagian belakang menggunakan cakera 220mm dan angkup Brembo satu piston.

Sistem brek itu Touno V4 Factory ini turut didatangkan terus dengan hos jalinan logam yang disambung dengan sistem Bosch 9.1 MP ABS dengan fungsi di selekoh dan juga boleh dilaraskan dalam tiga mod.

Kelengkapan lain pada Tuono V4 1100 Factory termasuk ATC, AWC, ALC, ACC, APL, tiga mod tunggangan (Track, Sport dan Race) bagi disesuaikan dengan kehendak penunggang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s