Nissan Leaf serba baharu beri kepuasan

Peminat dunia permotoran di Malaysia kini boleh memiliki kenderaan penumpang yang dijana sepenuhnya oleh tenaga elektrik.

Pengedar utama kenderaan jenama Nissan di negara ini, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd baru-baru ini telah melancarkan model Nissan Leaf Serba Baharu untuk pasaran tempatan.

Dijana dengan e-powertrain serba baharu, Nissan Leaf mampu menjana kuasa 150PS dengan tork 320Nm. Kenderaan ini boleh memecut ke kelajuan 0-100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 7.9 saat serta boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 155 kilometer/sejam (km/j).

Pengarah Jualan dan Pemasaran Tan CHong Motor, Christopher Tan berkata, kenderaan 100 peratus dijana tenaga elektrik itu diimport sepenuhnya dari Jepun dan ia ditawarkan dalam satu varian Premium.

“Selain sifar emisi, Leaf menawarkan rekaan yang kontemporari, jarak pemanduan yang jauh serta seronok untuk dipandu, ” katanya ketika pelancaran model itu di Shah Alam.

Perjalanan jarak jauh

Bagi kebanyakkan orang, persoalan paling utama sebelum memiliki kenderaan elektrik (EV) adalah kemampuan untuk melakukan perjalanan jarak jauh. Sebenarnya dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan kemajuan teknologi, jarak median kenderaan elektrik EV telah meningkat sebanyak 56 peratus.

Kajian turut mendapati pemandu di Asia Tenggara bergerak kurang dari 80 kilometer (km) sehari. Sebenarnya jarak itu boleh dicapai dengan mudah menerusi satu kali caj pada kebanyakan EV pada hari ini.

Nissan LEAF serba baharu dengan bateri 40kWh lithium-ion ini sebenarnya baharu mampu menawarkan jarak perjalanan purata sejauh 311 km berdasarkan kepada mod ujian Kitaran Pemanduan Eropah yang Baru (NEDC).

Untuk pengecasan pula, Nissan LEAF serba baharu hadir dengan 6.6kW Wall Box Charger yang mengambil masa kira-kira tujuh jam untuk kereta dicas penuh.

Dari sudut pemanduan, Nissan Leaf menawarkan daya kendalian yang stabil. Pek bateri yang diletakkan di bahagian tengah badan kereta memberikan hasil titik graviti lebih rendah yang membolehkan pengendalian mantap dan kestabilan ketika dipandu laju di selekoh.

Nissan juga memperkenalkan teknologi e-Pedal yang pertama di dunia pada moedl ini. Ia memberikan pengalaman pemanduan yang lebih sporty dan mengujakan di laluan tidak lurus.

E-Pedal membolehkan pemandu memecut, memperlahan dan memberhentikan kenderaan secara intuitif menggunakan satu pedal saja yang membuatkan pemanduan jadi lebih mudah.

Untuk pasaran Malaysia Nissan Leaf Serba Baharu dijual pada harga RM188,888 dengan tiga tahun waranti pengeluar atau 100,000 km serta lapan tahun untuk bateri lithium-ion. Ia turut dilengkapi teknologi Nissan Safety Sheild termasuk enam beg udara SRS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s