MALAYSIA bercadang membangunkan kereta berprestasi tinggi (Super car) bersama syarikat dari Turki.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau merancang menjalin kerjasama dengan syarikat dari negara tersebut bagi meningkatkan keupayaan industri automotif negara.
Dr Mahathir sebelumnya berada di Ankara, ibu negara Turki, pada Rabu untuk lawatan empat hari.
Katanya beliau telah lama melihat keupayaan yang ada pada syarikat dari Turki itu, namun hanya sekarang perkara itu boleh dilaksanakan.

Sebelumnya pengeluar automotif Turki Onuk menunjukkan dua model kereta berkuasa tingginya kepada Tun Dr Mahathir. Mereka turut menawarkan untuk bekerjasama dengan Malaysia.
“ Saya sedar kebolehan mereka. Tetapi tiada tindakan susulan waktu itu kerana semasa saya ada maklumat berkenaannya, saya bukan Perdana Menteri, jadi terganggu sikit nak kemajuannya.
“Dan sekarang, mereka sedia berkerjasama.., bukan sahaja super car bahkan kereta-kereta lain,” katanya kepada wartawan Malaysia.
Syarikat Automobil milik Malaysia, PROTON sebelum ini pernah menjalin kerjasama bersama pengeluar kereta berprestasi tinggi dari UK, LOTUS.
Susulan kerjasama itu, berapa kenderaan keluaran PROTON mendapat manfaat dan kepakaran terutama dalam sistem pengendalian kenderaan.