Demi S’wak, berjuang sampai papa kedana

Ramai orang melihat kami di KEADILAN Tarat sebagai orang berada dan orang senang, melihat kami sebagai golongan atasan dan elite. Ada yang menaruh harapan tinggi meminta kami menyelesaikan maslalah mau masalah “undang-undang tubuh” mahupun masalah domestic.

Siapa kami? Harus diketahui bahawa kita menang kerusi parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN11) kita kalah 3 kerusi DUN .

Maksudnya KEADILAN telah menang dan membentuk Kerajaaan Persekutuan namun kita kekal pembangkang di Sarawak.

Di Tarat, peruntukan kita hanyalah daripada Ahli Parlimen. Tiada peruntukan MRP dan RTP kerana ADUN kita adalah dari Barisan Nasional (BN) yang kini menukar jenama kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Oleh sebab itu, terhadlah pergerakan kami KEADILAN Tarat. “Outreach” program kami pun dapat diadakan kerana tanggungjawab ahli Parlimen kami yang perlu menjaga 3 kawasan DUN dibawahnya.

Apa yang harus diperbuat?

Nak maki boleh, nak sokong pun boleh. Sebenarnya masa depan kamu dan saya terletak pada pilihan diri sendiri.

Saya berusaha memperbaiki diri saya dengan mempertingkatkan daya diri dengan mencuba segala usaha seperti menyambung pelajaran, mengambil kerja sambilan serta terlibat aktif dalam party politics dan tangungjawab social.

Ia tak mudah namun saya melihat diri saya dalam 10 tahun akan datang. Saya tak nak jadi “paramount” leader kamu sampai mati. Saya nak hidup serupa ibu bapa saya yang bebas dan tenang.

Cuma, saya kena laksanakan misi saya untuk bangsa dan negara saya dan setelah itu terjadi, ‘I am a free man’.

Menjaga dan menyara keluarga serta menjaga masalah “negara” ini amat mencabar.

Orang kata “ good management begin at home”. Menyara keluarga itu menguntungkan anak dan bini, tetapi berjuang menyelesai masalah negara bukan saja perit, malah dimaki. Kita bakal dilihat sebagai susuk yang terlibat dalam “dirty business”.

Tapi tak mengapa. Saya dan pasukan KEADILAN Tarat bukannya orang berada.

Kami hanya participate dalam satu sistem duniawi iaitu politik.

Bezanya, kami melihat politik ini sebagai alat untuk menambahbaik taraf hidup rakyat. Pentas untuk terlibat sama dalam menggubal undang-undang.

Dalam pasukan KEADILAN di Tarat yang ada hanyalah commoners dan orang kelas rendah (B40).

Adapun susuk susuk kelas pertengahan yang berminat menyertai kita dahulu, telahpun pergi kerana kita. Itu tidak mengapa, peniaga dan opportunists memang begitu. Mereka ini sentiasa realistic dan kita juga realistic.

Selepas ini, kemana kita nak pergi?

Pakatan Harapan (HARAPAN) telah mentadbir negara selama setahun dan banyak manifesto belum atau tidak tertunai.

Rakyat mengeluh harga minya petrol tak turun seperti mana pernah dijanjikan Anwar Ibrahim “ hari ini kita menang, besok harga petrol turun “.

Begitu huga isu cukai SST, rakyat mengeluh harga barang runcit tak turun.

Dalam konteks Sarawak, Malaya belum turunkan autonomy seperti janji manifesto.

Saya tak ada alasan lain nak cakap pasal manifesto tetapi hanya boleh cakap, “bukannnya senang nak pulih kapal karam”.

‘I have to right to dictate your opinion and belief on politics. It’s a total freedom and right to be different’

Apa pendirian saya ?

Saya nak jadi penggubal undang-undang dan nak terlibat sama dalam proses itu.

Ya, saya bukannya daripada golongan kaya raya. Mendiang bapa saya hanya seorang petani dan kami hanya ada sekangkang kera tanah di kampung dan dikongsikan bersama 5 adik beradik.

Kediaman kami jauh berbeza daripada orang lain namun itulah keluarga kami.

Adakah rugi saya gusar tentang “masalah negara” sedangkan saya hanya memandu proton saga?

Ya. Itulah sejujurnya yang saya rasa sekian lama. Tipu lah kalau saya kata “everything is well taken care”.

Lihat saja mereka yang lama dalam parti politik. Keretanya besar, rumahnya besar, bininya lawa, makannya enak, anak-anaknya cukup sempurna dijaga.

Jawatannya tinggi, pendapatannya besar. Cukup tahun pergi holiday ke eropah. Mewah. Cukup mewah.

Apa pula saya nak disini nak siksa diri?

Bukan begitu tuan, kamu lihat, kemewahan mereka juga telah menyelesaikan masalah kita? Tidak. Kehebatan mereka membuat kita gembira? Tidak.

Kita maki cukup cukup pun dia tak endah. Kamu junjung dia serupa raja, tapi hidup kamu dan saya tiada beza. Nak buat apa?

Maka.

Saya rasa, kalaulah kita participate sebagai suara dan pembuat keputusan yang bijak dan berwibawa mereka pasti tidak akan melampau.

Janganlah dijunjung mereka ini (ahli politik) serupa raja. Mereka makan dan minum atas manfaat dan mandat kita.

Kalaulah saya dan rakan rakan lain boleh berjuang sehingga papa kedana, mengapa pula anda segan hendak terlibat sama sebagai orang yang senang dan lapang?

Masa depan kamu selamanya. Masa depan kami hanya 5 tahun. Cukup penggal kamu yang beri kerja dan kereta. Kalau berkenan kami disana. Kalau tak berkenan kami balik kepada kehidupan biasa.

Renung renungkanlah.

*Musa Ngog adalah bekas calon KEADILAN DUN Tarat. Anak kampung yang kini seorang jurutera sokongan IT. Bercita-cita mengubah nasib anak bangsanya

– Ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak mengambarkan pendirian Kartel.