Ini cara Orang Asli Brazil halau penjarah hutan

Allah SWT dalam Surah al-Anbiya ayat 31 berfirman; “Dan Kami telah menjadikan di bumi gu­nung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak meng­ge­gar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani.”

Malangnya nafsu manusia tidak pernah puas. Demi mengejar keuntungan, gunung ganang diratakan. Manakala hutan belantara diceroboh bagi dipunggah hasil maksumnya.

Sedarkah kita, tindakan tidak bermaruah ini bukan sahaja memudaratkan khazanah biodiversiti berharga. Ia turut menjadi punca kepada kemusnahan alam yang memangsakan orang lain.

Pemupusan kawasan besar hutan menyebabkan tanah runtuh, banjir besar dan pencemaran sumber air. Ia turut menjadi penyumbang besar dalam isu pemanasan global.

Kerana pemusnahan ini suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Tanpa alam sekitar yang sihat, maka kelangsungan hidup di atas muka bumi akan pincang.

Di negara kita isu pencerobohan hutan bukan perkara baru, ia telah dibangkitkan sejak sekian lama. Namun kita terus membutakan mata, memekakkan telinga.

Orang Asli Ka’apor

Sikap kita nyata berbeza dengan sekumpulan wira alam sekitar daripada komuniti Orang Asli Ka’apor di Brazil. Mereka melakukan aksi yang lebih berani dalam mempertahankan hutan.

Bukan sekadar berpiket, mereka bertindak memburu pembalak haram di dalam Hutan Amazon, mengikat mereka, menelanjangkan dan memukul mereka bertalu-talu menggunakan kayu dan parang.

Jentera-jentera pembalak dan alat penebangan pokok juga dirampas dan dibakar. Malah mereka membina kem pemantauan mereka sendiri di dalam hutan tersebut.

Sekurang-kurangnya itulah yang disaksikan Lunae Parracho, seorang jurugambar yang mengikuti sendiri ekspedisi hutan memburu dan menghalau pembalak haram dari kawasan hutan Alto Turiscu dalam wilayah hutan Amazon seperti dilapor http://www.ibtimes.co.uk.

Sebagai rekod, hutan Hujan Tropika Amazon (Selva Amazónica) merupakan hutan yang terpenting di dunia. Ia mempunyai kemampuan tinggi untuk menyerap gas karbon dioksida dan gas rumah hijau lain sekaligus mengurangkan masalah perubahan iklim dan pemanasan global.

Namun sehingga Julai 2013 sahaja dianggarkan lebih kurang 584,300 hektar kawasan hutan itu telah dimusnahkan.

Gengster di Malaysia

Di Malaysia nyata lain pula kisahnya, penjarah haram terus hidup bersenang-senang dan tidak hormat undang-undang.

Dalam kejadian pada November lalu contohnya, sembilan pegawai dan anggota Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) diserang sindiket pembalakan haram yang bertindak agresif.

Jadi apa lagi yang boleh kita kata?

#Tergarap dari sumber asal dikongsikan Persatuan Aktivis Sahabat Alam – KUASA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s