Hampir hilang jari akibat skrin retak

SEORANG remaja berdepan detik cemas apabila ibu kanan jari-nya dijangkiti kuman dan mungkin terpaksa dipotong

Akibat bermain permainan video dengan skrin pelindung telefon pintarnya yang retak sejak empat bulan lalu, jari Muhammad Azuan Iqbal Abdullah bengkak dan bertukar menjadi hitam sejak dua minggu lalu.

Susulan itu beliau mendapatkan rawatan membuang nanah di sebuah klinik, Azuan juga diberi ubat tahan sakit serta antibiotik.

“Namun, jari saya semakin teruk. Sabtu lalu, saya ke sebuah hospital swasta di Shah Alam dan doktor memaklumkan jari saya perlu dibedah.

“Terkejut apabila dimaklumkan kemungkinan jari saya akan dipotong sekiranya lambat mendapatkan rawatan.” katanya dipetik Harian Metro.

Sebelum itu tular di Twitter foto kecederaan Muhammad Azuan akibat permainan “mobile legend”.

“Dia ni kuat main ‘mobile legend’. Jadi kepada semua kalau gelas kalis calar dah retak sila tukar. Jangan cakap abang tak pesan,” catat @broirfann yang mendapat lebih 12,000 ulang kicau dan hampir 5,000 tanda “suka”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s