Peminat kecewa, Super KIP tarik diri

PELUMBA pasukan Petronas Sprinta Racing Team, Khairul Idham Pawi tidak dapat meneruskan perlumbaan pada Grand Prix Czech pada hujung minggu ini.

Beliau yang dikenali dengan jolokan Super KIP dilaporkan masih terkesan dengan kecederaan teruk pada tangan kanan yang dialaminya semasa Grand Prix Sepanyol Mei lalu.

“Pada sesi pertama, saya berasa sakit sedikit pada tangan kanan tetapi saya masih boleh menunggang tanpa banyak masalah, tetapi pada sesi kedua, saya terpaksa menahan kesakitan. Keadaan menjadi lebih teruk,” katanya.

Super KIP mengakui amat kecewa dengan perkembangan tersebut.

Sebelum ini pelumba kelas Moto 2 itu optimis mampu berlumba dengan baik di salah satu litar kegemarannya itu

BACA: Super KIP kembali beraksi di Brno

Sementara itu, Jonas Folger dari Jerman akan sekali lagi berlumba bagi pasukan Petronas Sprinta Racing Moto2 menggantikan Khairul Idham.

Leave a comment