Seorang bapa di India bertindak dengan cara tersendiri bagi melepaskan perasaan marah terhadap anak perempuannya.

Individu tersebut, Gopal Mandora membuat pengumuman ‘kematian’ dan menguruskan ‘upacara pengebumian’ untuk anaknya yang dikenali sebagai Saharda Mandora.
Insiden terbabit berlaku di Kampung Kuchrod dalam daerah Madhya Pradesh pada Jumaat lalu.
Sebelumnya, Saharda, 19, didakwa berkahwin lari pada 25 Julai lalu.
Media tempatan Hindustantimes dalam laporannya mendakwa lelaki terbabit mengedar risalah pengumuman kematian dan kad undangan bagi upacara pengebumian Saharda dalam kalangan ahli keluarga dan penduduk kampung.