Jual anak saudara untuk korban sihir

Benarlah kata orang, demi wang manusia sanggup melakukan apa sahaja termasuk perkara yang tidak terfikir akal.

Baru-baru ini, pihak berkuasa polis di Tanzania menahan seorang lelaki berusia 44 atas cubaan menjual seorang kanak-kanak albino yang juga merupakan anak saudara perempuannya.

Albino sering menjadi korban pengamal sihir Tanzania

Lelaki itu ditahan sepasukan anggota polis yang menyamar sebagai dukun dalam operasi membanteras penjualan albino untuk anggota badan.

“Kami memasang perangkap dan berjaya menahan lelaki itu ketika dia membawa kanak-kanak berkenaan kepada polis yang menyamar,” kata Pemangku Ketua Polis Wilayah Tabiora, Juma Bwire.

Terdahulu, kanak-kanak itu, Margareth Khamis, 6, diculik dari rumah keluarganya di perkampungan Kona Nne di daerah Nzega.

Ibu kanak-kanak itu, Joyce Mwandu, juga albino berkata, sekumpulan lelaki menutup muka memasuki rumahnya pada waktu malam dan melarikan anak perempuannya ke dalam hutan.

Walaupun kita melihat kejadian tersebut pelik, namun ia bukan perkara asing di Tanzania.

Sudah menjadi kebiasaan bagi pengamal ilmu hitam dan sihir di negara itu menggunakan anggota tubuh badan albino bagi digunakan untuk mendapat kekayaan dan sebagai azimat pengasih.

Menurut laporan Palang Merah, pengamal perbuatan itu biasanya membayar sehingga AS$75,000 untuk set penuh anggota badan albino.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula mendakwa sekurang-kurangnya 75 albino, termasuk kanak-kanak dibunuh di Tanzania sejak 2000.

Awal tahun ini, Tanzania mengharamkan ilmu hitam dan sihir. Ia bertujuan untuk menghalang aktiviti penjualan anggota badan manusia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s