Syarikat bumiputra bangun kereta nasional ketiga

SETELAH Proton dan Perodua, Malaysia mara setapak lagi dalam industri pengeluaran automotif.

Ia susulan penguguman Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini yang sebuah syarikat tempatan sebagai syarikat peneraju bagi membangunkan kereta nasional ketiga.

Majlis pengumuman siang tadi | Pic- Google

Apa yang menariknya, syarikat milik bumiputera, Dream Edge Sdn Bhd itu dijangka bakal membangunkan model sedan segmen C dengan teknologi hibrid yang semakin menjadi pilihan ramai.

Menteri MITI, Darell Leiking berkata, kereta nasional baharu itu nanti akan menggunakan teknologi baharu dan ditawarkan kepada pelanggan pada harga yang berpatutan.

Kebelakangan ini banyak pengeluar kenderaan daripada luar mula membawa masuk model-model hibrid, kenderaan jenis ini yang menggunakan pacuan elektrik atau enjin konvensional atau keduanya terbukti mampu memberikan penjimatan bahan api terbaik serta mesra pada alam sekitar.

Bagaimanapun, Darell menjangkakan model pertama kereta kebangsaan ketiga itu hanya akan dilancarkan pada Mac 2021. Manakala model prototaip sepenuhnya akan diumumkan pada Mac tahun depan.

“Objektif kereta nasional baharu adalah membangunkan teknologi baharu yang jimat tenaga dan menggunakan sistem hibrid yang mana syarikat ini memiliki kepakaran untuk melaksanakannya,” katanya.

Ditubuhkan pada Mac 2007, Dream Edge yang berpusat di Cyberjaya sebenarnya mempunyai pengalaman luas menyediakan perkhidmatan kejuruteraan yang berkaitan dengan industri kereta, kereta api, laut, tenaga, aeronautik dan pembuatan

Malah pada projek ini Daihatsu Motor Co Ltd dilapor bersetuju memberikan sokongan kepakaran mereka.

Sebagai rekod, Pembangunan model kereta nasional baharu ini dibangunkan sepenuhnya DreamEDGE tanpa bantuan dana kerajaan.Ia dibiayai sepenuhnya melalui pelaburan swasta.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s