Kenapa belum dakwa Haziq? soal penganalisis politik

Penganalis politik terkenal, Shahbudin Husin mempersoalkan apa babak seterusnya dalam isu video seks sejenis didakwa melibatkan seorang menteri yang tular sebelum ini.

Tegasnya, kebelakangan ini perbualan mengenai isu jawatan Perdana Menteri lebih kerap diperbincangkan berbanding isu itu yang perlu diketahui kesudahannya.

Shahbudin Husin

Pada Jun lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan penularan satu video yang disebarkan pihak tidak dikenali.

“Apa sudah jadi sebenarnya hasil siasatan polis berhubung kes itu?”Soalnya melalui blog, Shahbudindotcom.

Seorang individu, Haziq Abdullah Abdul Aziz secara terbuka mengaku beliau adalah lelaki dalam video tersebut.

Lebih memeranjatkan apabila beliau menuduh pasangannya dalam video berkenaan adalah Timbalan Presiden KEADILAN, Mohammad Azmin Ali.

Azmin bagaimanapun menyifatkan penyebaran video itu sebagai fitnah dan cubaan membunuh karier politiknya.

Rentetan penularan video itu, timbul krisis dalam parti KEADILAN. Pihak pembangkang dilihat mengambil kesempatan merosakkan kesepaduan HARAPAN melalui beberapa kenyataan dibuat mereka termasuk mencadangkan Tun M kekal Perdana Menteri sehingga habis penggal.

“Haziq sebaliknya telah ditahan reman selama 10 hari oleh pihak pihak polis atas pengakuannya.

“Turut ditahan ialah Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan beberapa lelaki lain untuk disiasat.

“Adakah Haziq dan Farhash akan didakwa serta kertas siasatan sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara?” soal bekas wartawan itu lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s