Mclaren kembali ke litar IndyCar

PASUKAN McLaren Racing yang pernah menjuarai perlumbaan Indy 500 pada 70-an kembali bertarung dalam saingan IndyCar kejuaraan 2020.

Mclaran yang membentuk kerjasama strategik baharu bersama Arrow Schmidt Peterson Motorsports (Arrow SPM) dan Chevrolet kini dinamakan Arrow McLaren Racing SP umum pasukan itu minggu ini.

“IndyCar menjadi sebahagian daripada McLaren sejak pembabitan awal dalam perlumbaan dan siri itu bukan sahaja menjadi platform komersil untuk mengembangkan jenama kami di Amerika Utara tetapi pertandingan bersama pasukan terbaik dalam permotoran antarabangsa,” kata CEO McLaren Racing, Zak Brown dipetik AFP.

Kali terakhir Mclaren menyertai perlumbaan tersebut ialah pada lewat 70-an. Pada 1974 dan 1976, Mclaren menjuarai perlumbaan itu melalui pelumba Johnny Rutherford.

Leave a comment