Penduduk Johor puji komitmen k’jaan negeri

Ternyata Kerajaan Negeri Johor yang dipimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) sentiasa berusaha memastikan kebajikan rakyat di negeri itu terus terpelihara.

Terbahru, Exco kerajaan negeri, Dzulkefly Ahmad menyuarakan komitment pihak pentadbiran negeri untuk segera menyelesaikan isu enam kampung yang terlibat dengan isu perobohan kediaman.

Dzulkefly Ahmad

Ia antaranya termasuk dengan menganjurkan satu perbincangan antara pemaju Nodedua Sdn Bhd dan penduduk baru-baru ini.

“Perbincangan yang pertama telah dijalankan pada 6 Ogos yang lalu dan kata putus yang awal adalah pemaju akan membayar pampasan

“Perbincangan masih berlangsung. Kita telah memastikan bahawa tidak akan ada perobohan di keenam kampung tersebut sehingga kata putus diterima oleh pihak kerajaan dan penduduk kampung,” tegasnya.

Tambah Dzulkefly, kerajaan negeri akan memastikan situasi ‘menang menang’ di antara kedua pihak.

Isu enam kampung tersebut sebelum ini mendapat perhatian, Seorang mangsa sehingga kini tidak mempunyai kediaman selepas rumahnya dirobohkan pada 24 Julai yang lalu.

Enam kampung yang terbabit adalah, Kampung Teluk Serdang, Kampung Teluk Serdang Baru, Kampung Sungai Perling, Kampung Sungai Perling Baru, Kampung Bakar Batu Perling dan Kampung Tuah Jaya yang kesemuanya berada di kawasan Johor Bahru.

Difahamkan, kerajaan negeri sedang berusaha menempatkan kembali 800 keluarga di enam buah kampung itu ke lokasi pembangunan rumah mampu biaya (RMB).

Sementara itu, seorang penduduk yang dipetik portal MalaysiaDateline menzahirkan rasa bersyukur kerana kerajaan negeri bertindak efektif untuk memperjuangkan nasib penduduk kampung.

“Saya rasa memuaskan kerana beliau (Dzulkefly) bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib penduduk kampung di sini,” kata penduduk Kampung Bakar Batu, Abdul Wahab Abdullah, 70 dipetik laporan itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s