8 tanda sudah waktunya kena pakai kacamata

ADAKAH kebelakangan ini anda merasa sedikit sukar untuk membaca papan-papan tanda, sedangkan sebelum ini ia dapat dilakukan dengan mudah.
Atau anda perlu menjarakkan mata dengan subjek yang ingin anda baca, contohnya buku. 
Mungkin itu tanda awal bahawa sudah sampai waktunya anda memerlukan kacamata. 
Dan jika anda sering berada dihadapan monitor komputer, mungkin anda antara 50 peratus pengguna komputer yang mengalami gejala digital eye strain (DES). 

Berikut beberapa tanda mata anda sedang punya masalah. Jangan bertangguh lagi untuk buat pemeriksaan.

1. Penglihatan yang kabur

Ini adalah gejala paling jelas bahawa daya penglihatan anda kurang baik. Anda mungkin berdepan masalah rabun dekat (hipermetropi) dan rabun jauh (miopia).

Masalah ini juga boleh disebabkan Astigmatisme iaitu merupakan gangguan penglihatan yang disebabkan cacat pada lengkungan lensa atau kornea.

Daya penglihatan yang kabur sangat mengganggung kegiatan harian, apalagi ketika menjalankan aktiviti penuh risiko seperti memandu kereta.

2. Letih mata

Anda baru sahaja membaca kira-kira 30 minit, namun apa yang anda rasakan adalah kelelahan pada bahagian mata seolah-olah anda sudah membaca terlalu lama.

Kebiasaanya gejala ini datang dengan pandangan sedikit kabur.

Mungkin anda terlalu penat, cuba rehat sebenar. Jika ia berterusan anda boleh dapatkan pemeriksaan pada mata.

3. Mata silau (Halo)

Jika anda sering melihat lingkaran cahaya, ia menandakan adanya gangguan pada mata. Ia mungkin juga tanda awal katarak.

Halo adalah lingkaran terang yang mengelilingi sumber cahaya, seperti lampu. Mata silau terjadi ketika jumlah cahaya yang masuk ke mata lebih besar daripada kemampuan mata untuk mengawalnya.

Halo bukan sahaja menyebabkan pandangan tidak selesa,ia juga berpontensi menghalang penglihatan.


4. Pandangan bergelombang

Anda melihat garisan lurus seolah-olah bergelombang atau sesuatu warna tidak sekata.

Ini mungkin disebabkan gejala degenerasi makula, yang merupakan menurunkan fungsi tengah retina Ingat, masalah ini mampu menyebabkan hilang daya penglihatan secara kekal. 

5. Pandangan berganda.

Ini adalah kondisi serius gangguan penglihatan. Ia disebut Diplopia.

Objek yang anda lihat terlihat saling berdampingan, satu di atas yang lain, ataupun kombinasi dari keduanya.

Ada dua jenis Diplopia iaitu monokular atau binokular. Ia bersifat sementara atau kekal, bergantung dari penyebabnya.

6. sukar menyesuaikan situasi cahaya.

  Anda sukar melihat ketika malam? terutama dalam situasi cahaya berbeza. Ia berpunca dari otot mata yang semakin melemah.

Mungkin berpunca dari pertambahan usia, atau mungkin ini juga merupakan petanda awal katarak. Buat pemeriksaan segera.

7. Sukar melihat ketika malam.

Jika penglihatan anda menjadi kabur pada malam hari sehingga sukar melihat kucing di halaman pada malam hari, anda berdepan situasi lebih parah dari diatas. Ia kemungkinan tanda awal anda mengalami katarak.


8. Tekanan pada mata / sakit kepala

Tekanan yang dirasa pada bahagian belakang mata mungkin merupakan tanda glaukoma. Ini boleh disembuhkan.

Bagaimanapun dapatkan rawatan segera, tekanan itu boleh mengganggu tugas saraf pada mata yang mengirimkan gambar ke otak.

Manakala sakit kepala pula sering terjadi kerana kegagalan fokus untuk melihat sesuatu objek, otot mata terpaksa bekerja keras yang akhirnya menyebabkan rasa sakit kepala. 

Berikut adalah tanda-tanda mata anda sedang berdepan masalah, jadi bertindak sekarang sebelum ia jadi lebih teruk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s