Pasukan keselamatan China rapat ke sempadan Hong Kong

KUASA besar timur, China dilapor telah mengerah pasukan dan aset ketenteraan mereka ke sempadan Hong Kong.

Amaran itu dibuat pihak perisakan Amerika Syarikat (AS) dan turut disahkan Presiden Donald Trump menerusi Twitter semalam.

Terdahulu, media tempatan China mengeluarkan rakaman video memaparkan pergerakan sejumlah besar kenderaan perisai dan kereta kebal di bandar Shenzhen yang terletak di sempadan Hong Kong.

Klip rakaman yang disiarkan | Sumber – Google

Klip tersebut dikeluarkan selepas krisis dramatik selama 10 minggu di Hong Kong sejak bandar raya itu diserahkan kepada China oleh British pada 1997.

Namun akhbar People’s Daily melaporkan konvoi kenderaan perisai itu menuju ke Shenzhen untuk tujuan latihan.

Sejak lebih dua bulan lalu, Hong Kong dilanda siri protes ganas yang pada asalnya berpunca daripada bantahan terhadap rang undang-undang ekstradisi dan kini merebak kepada isu lain termasuk menuntut pengunduran Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam.

Ia disifatkan sebagai krisis terbesar pernah dihadapai bandaraya itu sejak ia diletakkan di bawah pemerintahan China oleh British pada 1997.

Dalam protes memuncak minggu lalu, sistem pengangkutan awam dan penerbangan di Hong Kong terjejas teruk.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s