Sampai masa untuk Zakir Naik diusir?

BEBERAPA pemimpin tempatan tegas menyuarakan pandangan agar pendakwah kontrovesi, Dr Zakir Naik dihantar pulang ke India.

Bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, warga India itu yang diberi status penduduk tetap di negara ini mula mencetuskan suasana tidak selesa dengan bertindak sebagai batu api.

Rais Yatim mempertikai tindakan warga India itu

“Sebelum Zakir Naik menetap di sini kita harmonis. Kini kaum Hindu pula dikacaunya dengan komen-komen memperkecilkan mereka.

“Zakir sedang berperanan bahaya batu api. Amat baik dia dipulangkan saja ke India,” kata Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan itu dalam satu hantaran di Twitter.

Dr Zakir dalam ucapannya di Kelantan 9 Ogos lalu dilaporkan berkata, penganut Hindu di Malaysia lebih menyokong Perdana Menteri India, Naderan Modi daripada Dr Mahathir.

Bagaimanapun semalam, penceramah kontroversi itu mendakwa ucapannya berhubung penganut Hindu di negara ini telah dilapor di luar konteks.

Didakwa terlibat jenayah

Sebagai rekod, India dilapor memohon mohon ekstradisi Zakir Naik atas pertuduhan kes pengubahan wang haram mahkamah di Mumbai. Pada Jun, Zakir Naik Zakir Naik menegaskan bahawa dia sedia kembali ke India jika terdapat jaminan tidak ditangkap atau dipenjarakan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata, tidak beliau enggan menghantar pulang Dr Zakir ke negaranya kerana bimbang pendakwah itu mungkin akan dibunuh.

BACA: Zakir Naik puji Tun M atas pentas PAS

“Keputusan Perdana Menteri, telah mewujudkan isu diplomatik antara Malaysia dan India.

“Kerana dia, hubungan Malaysia-India juga muram. Kita ada banyak kerja lain lagi,” Tambah Rais.

Syed Saddiq setuju Zakir Naik diusir | Gambar- The Star

Sementara itu, dalam ucapan pada program serupa, Zakir Naik turut memberikan kenyataan pedas terhadap kaum Cina di Malaysia.

Ia sebagai respons balas atas gesaan pengkritiknya supaya beliau keluar dari negara ini.

“Kamu tahu tak yang ada orang yang panggil saya seorang tetamu? Jadi saya kata, sebelum saya (datang), kaum Cina adalah tetamu. Jika kamu mahu tetamu baru keluar dulu, minta tetamu lama pulang,” kata Zakir seperti dilapor sebuah portal.

Susulan kenyataan itu, Menteri Belia dan Sukan tampil dengan kenyataan tegas bahawa penceramah kontrovesi itu wajar diusir.

Jelasnya, kenyataan yang bersifat serangan kepada kaum Cina dan India itu sebenarnya merupakan serangan ke atas semua rakyat Malaysia.


“Demi Tuhan, mereka tu rakyat Malaysia! Cukup cukuplah…” katanya dipetik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s