Mati ketika sertai pertandingan e-game

SEORANG ahli komuniti e-game Bryand McIntosh yang berpengkalan di Louisiana meninggal dunia pada hujung minggu lalu semasa menyertai kejohanan permainan video Defend the North di New York City.

Menurut seorang peserta yang hadir di majlis tersebut, McIntosh telah mengalami penyakit seizure (sawan) ketika acara kejohanan tahunan yang berlangsung baru-baru ini.

“Saya menyaksikan seseorang mengalami sawan hari ini dan saya pergi mendapatkan bantuan untuknya. Dan nasib baiklah saya dapat mencari pekerja hotel yang boleh membantu.”

“Tetapi malangnya saya mendapat berita lelaki itu meninggal dunia,” kata Sinai Fang dipetik hantaran tweeternya.

Defend the North adalah sebahagian dari Capcom Pro Tour, sebuah siri pertandingan untuk permainan video pertempuran antarabangsa yang ditaja oleh Capcom.

Pengasas pertandingan, Andy Dumornay melalui laman rasmi kejohanan tersebut turut menyampaikan ucapan kekesalan atas kejadian tersebut.

Seorang peserta lain pula mendakwa penganjur kejohanan tidak mengurus kejuaraan itu dengan baik. Pertandingan diteruskan walaupun suhu ketika itu mencecah hampir 38 °C.

Leave a comment