Perang dagang, bagaimana M’sia bertindak?

SEDARKAH bahawa konflik perang dagang antara Amerika dan China sebenarnya turut memberi kesan kepada perkembangan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Secara jelas, rantaian ekonomi tempatan juga turut terhakis memandangkan kedua-dua negara itu merupakan antara pasaran pelaburan terpenting bagi Malaysia.

Tinjauan dijalankan Pictel Asset Management (PCM) ke atas 45 negara menunjukkan Malaysia antara enam negara paling terkesan sekiranya konflik dagang itu terjadi.

Justeru, kita mahu tahu bagaimana Kerajaan Malaysia di bawah tadbir urus pentadbiran Pakatan HARAPAN bakal mendepani cabaran terpenting ini?

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr. Ong Kian Ming menjelaskan, Kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang wajar untuk mengurangkan kesan risiko itu.

Antaranya termasuklah menyasarkan lebih banyak pelaburan yang berkualiti di Malaysia iaitu pelaburan yang mempunyai nilai tambah tinggi (high value-added).

Selain itu, Malaysia juga dilapor sedang giat membangunkan teknologi proses ataupun R&D terkini yang diyakini mampu menyumbang kepada kedudukan kewangan yang kukuh.

Kerajaan juga konsisten ke arah pertumbuhan ekonomi tempatan menerusi penerokaan peluang pelaburan terhadap sumber-sumber baru, kata Timbalan Menteri itu.

Tidak berakhir setakat itu, Kerajaan Malaysia juga giat melaksanakan program-program promosi perdagangan dan pelaburan di negara-negara dagangan.

“Kerajaan juga berhasrat untuk mempelbagaikan lagi rakan perdagangan kami supaya kami tidak terlalu bergantung kepada satu dua negara sahaja.

“Lain-lain program promosi perdagangan akan diteruskan bagi sektor terpilih termasuk penyertaan dalam pameran antarabangsa ataupun international exhibition,” kata Kian Min di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ahli Parlimen Bangi itu turut menjelaskan bahawa kementeriannya sedang melaksana beberapa inisiatif bagi membantu syarikat atau pelabur asing mencari pengilang kontrak yang bersesuaian di Malaysia.

Ia bagi memastikan pengeluaran produk-produk mereka di Malaysia terus dapat berdaya saing dan tidak terjejas.

“Selain daripada itu, syarikat-syarikat multi-national yang berpangkalan di Malaysia juga akan dibantu untuk mengganti import melalui global sourcing dan partner development program.

“Lain-lain strategi termasuk menggalakkan lagi penggantian import Amerika Syarikat dengan produk-produk Malaysia dan menggalakkan penempatan semula pelaburan,” katanya.

Namun apa pun asasnya, kesediaan Malaysia untuk menangkis serangan ini telah meletakkan negara ini mengambil prinsip berkecuali dengan provokasi konflik dagang dimainkan Amerika, khususnya.

Tidak mudah melatah, pelan strategik dan inisiatif direncanakan Kerajaan Malaysia setidaknya dapat menangkis konflik berkenaan, demi pertumbuhan ekonomi negara yang lebih utuh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s