5 filem anime terbaik pernah dihasilkan

Tak dapat dinafikan yang Jepun sememangnya sinonim dengan komik (manga) dan animasinya. Animasi Jepun bukan sahaja mempunyai perbezaan dan sifat tersendiri, jika mahu dibandingkan dengan animasi keluaran negara lain. Malah, ia juga agak sukar ingin disetarafkan dengan animasi-animasi terbitan Barat khususnya.

Nilai yang digarab, jalan cerita yang diolah dan garisan lukisan (animasi) sudah pasti membuatkan sesiapa pun tertawan dengannya. Oleh itu, KARTEL kali ini akan menyenaraikan 5 filem animasi terbaik dari negara matahari terbit itu kepada para pembaca.

(Susunan ini hanya berdasarkan penilaian penulis dan beberapa review di media)

5. Akira (Katsuhiro Otomo, 1988)

Para pengkritik filem menggelar Akira sebagai karya magnum opus Katsuhiro Otomo, yang juga berdasarkan manganya sendiri. Filem ini mengisahkan tentang hidupan selepas jatuhnya bom atom pada tahun 1988 di Tokyo.

Muncul watak Kaneda dan rakannya Tetsuo dari satu projek rahsia kerajaan. Mereka ini kemudiannya menentang aktivis anti-kerajaan, ahli politik tamak, saintis yang tidak bertanggungjawab dan pemimpin tentera. Selepas itu… nak tahu kena la tengok movie ni. hihi

4. Grave of the Fireflies (Isao Takahata, 1988)

Filem ini juga mengisahkan tentang bom atom, tetapi berdasarkan peristiwa sejarah jatuhnya bom itu Hiroshima dan Nagasaki pada Ogos 1945. Akibatnya, seorang remaja lelaki – Seita dan adik perempuannya terpaksa mengharungi kehidupan penuh melarat kesan dari peperangan.

Filem ini seperti biasa memegang reputasi tinggi kerana dihasilkan oleh studio animasi terkemuka dunia – Studio Ghibli. Ia juga berjaya menyorot penonton melihat betapa teruk dan melaratnya hidup dalam peperangan dan pascanya. Kalau korang tak menangis tengok filem ni, tak tahulah apa nak kata.

3.  Nausicaä of the Valley of the Wind (Hayao Miyzaki, 1984)

Seperti juga dengan filem sebelumnya, karya ini turut diterbitkan oleh Studio Ghibli dan diarahkan oleh Hayao Miyazaki yang cukup dihormati dalam dunia animasi dunia.

Filem ini mengisahkan tentang 1000 tahun selepas berlakunya “Seven Days of Fire” yang memusnahkan sebuah tamadun dan mencipta Hutan Toksid. Manusia kemudiannya cuba untuk meneruskan hidup di sebuah bandar kecil dan kampung yang dikenali sebagai “Alley of the Wind”. Wilayah ini diperintah oleh Puteri Nausicaa dan dia berusaha melindungi rakyatnya dari kehidupan mutan yang tinggal di hutan.

2. Vampire Hunter D (Toyoo Ashida, 1985)

Juga membawa jalan cerita berkenaan dengan pasca apokalips – nuklear, filem ini menggambarkan kehidupan akan datang adalah untuk pontianak! Count Magnus Lee, seorang pontianak berusia 10,000 tahun dah terpikat dengan seorang gadis kampung cantik Doris, dan mahu menjadikannya sebagai isteri.

Kerana mahu menyelamatkan dirinya, Doris telah membuat aku janji dengan seorang misteri bernama D, sebagai pertukaran nyawa Count Magnus. Bagaimanapun, sebelum D dapat mencapai tujuannya, Count berjaya menculik Doris. Maka D pun cuba menawan istana Count Magnus.

1. Spirited Away (Hayao Miyazaki, 2001)

Jika tadi kita dah cerita satu karya dari Miyazaki, Sprited Away boleh dikatakan sebagai karya Miyazaki yang paling berjaya. Menceritakan kisah seorang budak perempuan, Chihiro yang telah masuki alam lain. Dia perlu mencari jalan keluar dari alam misteri itu, selepas ibu bapanya disumpah menjadi babi.

Sehingga kini, Spirited Away kekal sebagai filem yang menerima kutipan tertinggi di Jepun. Malah, filem ini juga dinobatkan sebagai ‘Best Animated Feature Film’ Oscar pada 2003 dan menerima lebih dari 30 anugerah dari serata dunia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s