Hubungi kami

Hai kawan!

Pernah satu ketika seorang dramatis Inggeris, Philip Massinger berkata “Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah”

Mungkin ada betulnya apa yang dikatakan. Dan jika kami terpaksa memilih satu ayat bagi mengambarkan sukarnya untuk merialisasi impian bagi mewujudkan portal ini, mungkin petikan kata beliau itulah yang paling sesuai bagi mengambarkan perjalanan kami.

Idea kewujudan portal ini telah wujud sejak akhir 2018.Kartel, nama itu timbul ketika sedang menikmati makan tengahari.

Malangnya, sehingga lewat Julai 2019 idea itu belum mampu terlaksana.

Untuk mewujudkan sebuah portal sememangnya memerlukan dana besar dan kolaborasi banyak pihak. Kami sama sekali tiada keistimewaan itu.

Beberapa percubaan dilakukan, namun gagal. Kami tidak berhenti disitu. Percaya masih ada jalan dan hari ini kami akhirnya wujud.

Impian melihat portal kecil ini dapat berdiri sendiri dan membuat bakti akan jadi satu perjalanan panjang.

Kawan! Beri kami peluang untuk merialisasi impian kami.

Berilah dorongan dan cadangan kepada kami. Anda boleh hubungi kami di email: projekkartel@gmail.com