Sokongan UMNO pada Tun M tak ikhlas

Gesaan UMNO dan PAS sebelum ini agar Tun Dr Mahathir Mohammad kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis tempoh sepenggal boleh dianggap bagai ada udang disebalik batu.

Apakan tidak, ketika pemimpin tertinggi parti itu membuat ikrar akan mempertahan Dr Mahathir kekal Perdana Menteri sehingga habis penggal, lain pula pengakuan seorang pemimpin parti itu kepada penyokongnya.

Ismail Sabri Yaakob, yang kenyataannya dipetik laporan Sinar Harian memberi bayangan bahawa penyokong kedua-dua parti itu wajar mengambil kesempatan dari isu peralihan kuasa Perdana Menteri untuk terus menyerang dan melumpuhkan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Naib Presiden Umno itu berkata, ketidakstabilan dalam HARAPAN akan memaksa Dr Mahathir memanggil pilihan raya lebih awal yang sekaligus satu-satunya peluang Umno merampas semula pentadbiran di peringkat persekutuan.

“Tidak perlu juga selamatkan Anwar (Ibrahim), kalau boleh biar dia bergaduh dan kita berkipas lagi.. biar dia keluar.

“Mahathir sekiranya tidak tahan ketakstabilan parti PH akan terus isytihar PRU yang kemudian membuka peluang kita bangkit merampas semula,” katanya menurut laporan itu.

Ismail Sabri juga mengakui Dr Mahathir adalah musuh kepada Umno dan serangan kepada Pengerusi HARAPAN itu wajar dilancarkan.

“Bagi saya Dr Mahathir walaupun lama pernah jadi presiden kita, dia musuh kita.

“Jadi kenapa pula kita tiba-tiba berlembut dan sebagainya, bagi saya kita teruskan serangan tak kiralah sama ada parti Bersatu, PKR, Amanah, DAP. Dia (Dr Mahathir) dalam perahu lain nak tebuk perahu kita, jadi tugas kita tebuk perahu dia juga,” tambahnya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s