Elak saman, lelaki buat lesen memandu sendiri

SEORANG lelaki mencuri perhatian ramai apabila mempunyai cara tersendiri mengelak diri dari disaman atas kesalahan lalulintas.

Apakan tidak, kerana malas menduduki ujian memandu, lelaki tersebut menggunakan lesen memandu yang direka oleh dirinya sendiri dengan hanya menggunakan tulisan tangan.

Tindakannya menghulurkan lesen yang rekaan sendiri itu ketika ditahan sangat mengejutkan seorang anggota polis trafik di daerah Liuzhou.

Namun, apa yang dilakukan olehnya telah mencuri perhatian sehingga menjadi bahan jenaka netizen di laman sosial selepas ia tular di laman sosial.

Insiden ini kedengaran seperti tidak masuk akal, namun itulah peristiwa yang sering berlaku di negara China yang berkependudukan 1,379,302,771 orang itu.

Tindakan memalsukan dokumen di China bukanlah perkara baharu. namun selalunya ia menggunakan teknik dan kepakaran yang tinggi bagi mengelak kesalahan itu dikesan

Leave a comment