Polis cedera diserang ‘Awang hitam’

Insiden keganasan melibatkan warga asing terutama dari Afrika bukan perkara baru. Kita sering mendengar laporan-laporan jenayah berkaitan mereka.

Terbaharu, empat anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Kormersil (JSJK) Selangor cedera diserang hampir 50 ‘Awang hitam’

Kesemua anggota penguatkuasa undang-undang itu sebelumnya dilapor diserang ketika cuba menahan seorang lelaki Nigeria yang disyaki terlibat dalam kes penipuan “African scam’” dalam satu serbuan di Pangsapuri Flora, Damansara.

“Polis ke sana untuk menahan seorang suspek warga Nigeria bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan…namun berlaku provokasi antara polis dan sekumpulan warga Afrika.

“Anggota kami mengalami kecederaan akibat diserang dan mereka meminta bantuan Jabatan Siasatan Jenayah IPD Petaling Jaya,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat.

Seorang anggota berpangkat lans koperal cedera di muka sementara tiga lagi cedera di bahu, tangan dan mata.

Dalam kejadian tersebut, warga Afrika berkenaan membaling objek termasuk kayu dan botol ke arah polis.

Keadaan semakin tegang apabila mereka mula memukul polis menggunakan laci meja serta menumbuk muka anggota tersebut bertubi-tubi.

Susulan keadaan semakin tegang, pegawai polis telah mengeluarkan pistol bagi mengarahkan kumpulan berkenaan beredar. Tetapi salah seorang dari mereka cuba merampas pistolnya dan menghamburkan makian.

Polis kini sedang memburu beberapa lagi warga Afrika yang terbabit kejadiaan itu.