Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan menerima persembahan syiling khas daripada Bank Negara Malaysia (BNM).
Memetik laporan Bernama, Syiling khas yang dipersembahkan pada Sabtu lalu itu adalah sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus menyerahkan sendiri syiling itu kepada Baginda di Istana Negara.
Pengarah Jabatan Operasi Mata Wang BNM, Azman Mat Ali, tiga jenis syiling khas, iaitu emas, perak dan emas nodik, setiap satu diukir dengan potret Yang di-Pertuan Agong pada hadapan syiling dan lambang jata negara di belakangnya, dipersembahkan kepada Seri Paduka.
“Syiling ini diukir dengan teliti oleh pereka khas yang berkemahiran dan dikeluarkan oleh kilang wang BNM sendiri,“ katanya sambil menambah, hanya 300 keping syiling emas akan dikeluarkan, perak (1,500 keping) dan emas nodik (15,000 keping).
Tempahan hanya boleh dibuat melalui laman web rasmi BNM bermula pertengahan Ogos.

