Malaysia sekali lagi akan menjadi tumpuan rakyat dan masyarakat luar negara apabila berlangsungnya Istiadat Pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 hari ini.
Istiadat yang akan berlangsung di Istana Negara itu secara rasminya menandakan permulaan pemerintahan Al-Sultan Abdullah sebagai Ketua Utama Negara untuk tempoh lima tahun akan datang.
Sempena istiadat itu, kerajaan mengisytiharkan hari ini sebagai cuti umum bagi membolehkan rakyat di seluruh negara mengikuti acara berkenaan.
Upacara pertabalan akan disiarkan secara langsung menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan saluran televisyen tempatan bermula jam 9 pagi.
Bagi meraikan hari bersejarah ini juga, portal kami bakal berkongsikan beberapa artikel menarik sempena pertabalan dari pelbagai sumber.
Kami turut mahu merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada baginda Tuanku serta Raja Permainsuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Dirgahayu Tuanku