Gara-gara menyertai cabaran memakan durian bersama mi segera pedas yang digabungkan dalam satu hidangan, penyanyi Ara Johari ditegur warganet.
Dipetik laporan sebuah portal, Ara yang terkenal dengan lagu Bunga itu kemudiannya menyedari kesalahan tersebut dan memohon maaf kepada penonton.
Anak kelahiran Negeri Sembilan itu turut menghargai keprihatinan peminatnya.
“Saya ingin memohon maaf kepada semua yang risaukan kesihatan saya.
“Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati dan tidak lagi mencuba sesuatu yang boleh memudaratkan diri,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Ara, apa yang lalui tidak seperti yang dipertonton dalam rakaman video tersebut.
“Ketika proses suntingan, ia ditokok tambah dengan elemen drama seperti ambulans untuk memberikan lebih impak,” tambahnya.