S’gor stabil, tiada komplot jatuh MB

Penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor terlalu awal tiada kaitan dengan apa-apa usaha menjatuhkan Amirudin Shari sebagai Menteri Besar.

Perkara itu disahkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor termasuk Speaker DUN sendiri, Ng Suee Lim.

Speaker akui tiada usul gugur MB

Suee Lim yang juga ADUN Sekinchan itu lagi berkata, pihaknya tidak menerima sebarang usul undi tidak percaya terhadap Amirudin Shari seperti digembar-gemburkan.

“Kalau ada, mereka kena beri (usul) awal ke Pejabat Speaker,” katanya.

Terdahulu, tindakan Dewan menangguhkan persidangan selepas ianya hanya berlangsung dua hari menimbulkan tanda tanya. Mengikut jadual asal, ia sepatutnya berlangsung selama sembilan hari sehingga 9 Ogos ini.

Isu ini timbul ditengah pergeseran yang berlaku antara Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Mohammed Azmin Ali.

Bagi segelintir penyokong parti, mereka melihat Amirudin sebagai penyokong kuat Azmin.

ADUN Batu Caves itu dinamakan antara pemimpin selain Azmin yang tidak menghadirkan diri dan menandatangani resolusi yang disepakati dalam program Temu Rapat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) di Port Dickson baru-baru ini. – NauzaRF8

Leave a comment