Selamatkah melancong ke Bangladesh?

MELANCONG ke Bangladesh? Bunyinya agak aneh. Tidak ramai kaki travel memilih lokasi ini berbanding destinasi lain contohnya Indonesia atau Thailand.

Sebenarnya Bangladesh bukanlah lokasi yang kurang menarik untuk dilawati. Ia sebenarnya sebuah negara yang cantik dan mempunyai budayanya sendiri.

Namun jika kesana jangan lupa melawati antaranya Masjid 66 Kubah yang dibina ketika era kesultanan Sultan Nasiruddin Mahmud Shah pada abad ke-15.

Mungkin boleh juga melawat Sonargaon, ibu kota lama di wilayah bersejarah Bengal ketika zaman kolonial British, Dipenuhi bangunan Indo-Saracenic, kawasak itu dulunya merupakan pusat pentadbiran di bahagian timur Bengal yang kini ditinggalkan.

Jika di Hatyai ada pasar terapung Klong Hae begitu juga Bangladesh, Pasar terapung Barisal yang dikenali juga sebagai Venice of Bengal tidak kurang hebatnya.

Namun persoalanya selamatkan melancong ke negara itu?

Beberapa perkongsian rakyat kita di laman sosial menyatakan bahawa melancong ke negara itu boleh dianggap selamat, namun ada juga beberapa laporan berlakunya jenayah ragut dan seluk pokek.

Perkara itu sememangnya berlaku di mana-mana negara, cuma jika anda melancong, anda perlu sentiasa waspada terutama di kawasan-kawasan sesak dan sibuk.

Dan ya, anda memerlukan Visa jika mahu melancong ke negara itu.

Kebimbangan

Namun jika anda bercadang mahu ke negara itu dalam masa terdekat ini, anda wajar menangguhnya dahulu. Selain ketegangan antara Bangladesh dengan India, ada isu lain yang lebih membimbangkan.

Sejak Januari lalu, hampir 30,000 penduduk di negara itu terutama di Dhaka dimasukkan ke hospital di Bangladesh akibat demam denggi.

Keadaan lebih teruk apabila dua ribu pesakit dilaporkan ditahan di wad setiap hari sejak seminggu lalu.

Di Kolej Perubatan Suhrawardi di tengah Dhaka, semua wad dipenuhi pesakit denggi.

Suasana di sebuah hospital tempatan

Menurut portal AFP, pihak hospital yang bergelut dengan kebanjiran pesakit terpaksa membentangkan tilam di atas lantai di luar wad sehingga ke koridor dan balkoni.

Pihak berkuasa bimbang keadaan akan menjadi semakin buruk.

“Keadaan seperti wabak tetapi tiada siapa mahu mengaku,” kata pakar yang enggan dikenali menurut laporan itu.

Jadi, tangguhkan dulu niat ke Bangladesh kerana Malaysia juga banyak lokasi menarik yang anda belum lawati.

Leave a comment