4 kene tikam pesakit di hospital

Seorang lelaki bersenjatakan pisau menikam tiga jururawat dan seorang anggota polis di sebuah hospital di barat Jepun .

Jururawat terbabit ditikam di bahagian dada dan perut namun kecederaan dialami mereka tidak mengancam, manakala seorang seorang anggota polis turut cedera ditikam di lengan kiri.

Polis berkawal di hadapan hospital tempat kejadian | Sumber – Reutres

Dalam kejadian itu juga, dua lagi jururawat dan anggota polis cedera ketika cuba menahan lelaki terbabit , Suspek, seorang pesakit lelaki berusia 45 tahun berjaya ditahan sebelum melarikan diri.

Mei lalu, seorang lelaki bersenjatakan pisau mengelar kumpulan murid sekolah di perhentian bas, menyebabkan seorang murid perempuan terbunuh manakala 16 lain cedera dalam insiden yang mengejutkan negara itu. -Reuters

Leave a comment