Kereta hybrid dari Perodua?

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) tidak merancang untuk membangunkan kenderaan elektrik (EV) dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya beranggapan segmen EV ini tidak sesuai dilaksanakan memandangkan Malaysia masih tidak mampun menjana tenaga elektrik seperti negara maju.

“Kebergantungan itu melebihi sumber tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga hidro berbanding negara-negara maju lain yang lebih sesuai untuk pengangkutan elektrik.

“Kami belum membuat sebarang kajian. Kami tidak tahu dengan apa yang kami mahu lakukan untuk generasi akan datang,” katanya.

Bagaimanapun Zainal , Perodua lebih cenderung untuk menghasilkan kenderaan berasaskan hybrid berbanding EV.

Kenderaan jenis itu menggabungkan sistem enjin pembakaran dalaman konvensional dengan sistem pendorong elektrik dan mampu mencapai penggunaan bahan api lebih menjimatkan dengan prestasi lebih baik.

Pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS 2018) lalu, Perodua mempertontonkan sistem pacuan hybrid berdasarkan teknologi Daihatsu. Namun pengeluar kereta negara tidak mendedahkan jika sistem ini akan digunakan dalam mana-mana model yang akan datang.