Stesen minyak kene rempuh

Suasana di sebuah stesen minyak di Kota Samarahan bertukar cemas apabila premis itu dirempuh secara tiba-tiba.

Kejadian kira-kira jam 1.40 tengah hari di Kilometer 12, Jalan Kota Samarahan-Tabuan Jaya pada Anda lalu itu berlaku ketika kereta Proton Saga berhenti untuk mengisi minyak sebelum dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut | Video Kredit- Joe Isabella

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, berkata rempuhan itu dipercayai berlaku apabila sebuah kenderaan 4×4 dipandu warga emas berusia 66 tahun hilang kawalan.

“Ketika mahu mengalihkan kenderaannya, pemandu itu dikatakan tertekan pendikit minyak sebelum ia hilang kawalan dan melanggar kereta di hadapan.

“Akibat perlanggaran itu, Proton Saga terbabit merempuh dinding kedai serbaneka berkenaan,” katanya dipetik.

Tiada mangsa dilapor mengalami kecederaan dalam kejadian itu. Kes kini disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.

BACA: Ajal ke tempat kerja, suami isteri maut