Wanita lapor polis, pasangan tanggal kondom

TEGANG bulu roma bila baca satu laporan yang telah tular dalam kalangan netizen sekalian, seorang wanita Melayu beragama Islam melakukan hubungan seksual dengan lelaki Nigeria.

Salinan laporan polis pengadu

Lebih mengejutkan, laporan Polis yang telah dibuat bukan kerana aktiviti seksual itu tetapi kerana lelaki Nigeria tersebut telah mencabut kondom yang dipersetujui sebelum mereka meneruskan perjuangan intim mereka.

Netizen menjangkakan laporan itu sepatutnya dibuat bila wanita telah dipaksa untuk aktiviti tersebut malah pengadu mengakui perlakuan mereka atas dasar suka sama suka.

Takut terjangkiti oleh penyakit kelamin dan HIV antara sebab wanita tersebut membuat laporan Polis.

Namun, sempat juga dia masukkan nasihat dan tauladan berbunyi, “Berharap Jeromy tidak lagi melakukan perbuatan seperti ini (cabut kondom waktu pertengahan hubungan intim)

Hubungan intim dan aktiviti seksual hanya sah dan halal melalui perakuan nikah yang sah mengikut undang-undang.

Leave a comment