Hajat tak sampai, pasangan selamat dikebumikan

Hajat Nur Syuhadah Zaini, 31, untuk mengantar kedua mertuanya ke Kompleks Tabung Haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menunaikan ibadah haji tidak kesampaiaan.

Zakaria Tajuddin berkata, menantunya itu sudah mengambil cuti untuk menghantar dan mengucapkan selamat jalan pada pagi ini.

Semalam Nur Syuhadah dan suaminya yang juga anak Zakaria, Muhammad Hamadi, 31, maut apabila motosikal berkuasa tinggi mereka naiki terbabas ketika cuba mengelak dua motosikal lain dalam kemalangan di Lebuhraya Persekutuan.

BACA: Ajal ke tempat kerja, suami isteri maut

Reda dengan kejadian itu, Zakaria berkata semua yang berlaku adalah ketentuan Allah dan dia serta isterinya tetap akan berangkat ke Makkah hari ini.

ā€œPenerbangan dijangka jam 4 petang, semua urusan perlu dimulakan 11 pagi esok…apa yang terjadi hari ini semua perancangan Allah dan saya terima ketentuan Allah dengan reda,ā€ katanya kepada Bernama.

Zakaria sebelumnya ditemui di perkarangan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, hari ini.

Sementara itu Ibu Nur Syuhadah, Fatimah Mohd Yatim, 60 berkata, anaknya itu mahu membawanya bersama bagi mengucapkan selamat jalan kepada besannya. namun dikejutkan dengan berita kemalangan tersebut.

ā€œDia (Nur Syuhadah) memang sudah ambil cuti nak bawa saya bersama pergi hantar besan memandangkan saya tidak pernah ke sana, tempat baharu Tabung Haji itu.

ā€œPagi ini saya dapat berita kami kehilangan mereka buat selama-lamanya,ā€ katanya dalam nada sedih dan berlinangan air mata,ā€ katanya dipetik laporan sama.

Pasangan itu meninggalkan Hana Safiyyah, 6 dan Hana Safina, 2 tahun.

Sementara itu, jenazah pasangan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

Kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara serta kenalan kedua-dua pasangan berkenaan menghadiri upacara pengebumian itu.

Kedua-dua mereka dikebumikan bersebelahan di antara satu sama lain, kira-kira 11 malam tadi.

Leave a comment