SIRI jelajah haiwan daripada hutan kali ini menampilkan kehadiran Tapir pula jalan-jalan cari rumah sewa di Taman Perumahan Lavender Heights.
Kejadian jam 12:30 tengah hari itu telah menggesa penduduk untuk mendapatkan khidmat Angkatan Pertahanan Awam (APM) dengan kekuatan seramai lapan orang sebelum Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) tiba untuk tindakan selanjutnya.
Kita harus sedar 2-3 kejadian haiwan sesat ke kawasan-kawasan keramaian ini hasil daripada aktiviti tamak menggondol hutan yang secara alami menjadi tempat tinggal mereka.
Kita biarkan rumah mereka dihancurkan dengan pelbagai promosi kemajuan, dan kini mereka terpaksa keluar dari hutan dan survey hartanah di sekitar bandar untuk didiami.
Bukan kita saja yang nak duduk di bumi ini ya!


