PUSAT peranginan terkenal Bali di Indonesia dilanda beberapa siri gempa bumi sederhana menjangkau sehingga 5.1 pada skala Ricter.
Kejadian pertama dilapor berlaku pada Rabu ketika penduduk Hindu di pulau pelancongan itu sedang menyambut perayaan Galungan iaitu sambutan kemenangan menentang kejahatan.
Gegaran bermula jam 9.29 pagi (waktu tempatan) itu berlaku ketika orang ramai berpusu-pusu mengunjungi kuil di pulau peranginan itu.
“Saya berada di kuil ketika merasai sesuatu seperti gegaran. Rupa-rupanya ia adalah gempa bumi,” dipetik kata Putu Deny, penduduk tempatan Denpasar.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden itu. Bagaimanapun ia menimbulkan sedikit situasi panik.
Di Jember, seorang lelaki berusia 43 tahun bertempiaran lari tanpa pakaian ketika gegaran bermula kerana terkejut.
” Aku kate adus, wis bugil. Bahaya tenan gempa, mlayu (Saya mau mandi, sudah bogel. Sungguh bahaya gempa, lari),” kata individu itu dipetik laporan Liputan6.
Beliau sebelumnya berada di bilik air untuk bersiap ke tempat kerja.
Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) mengesan pusat gegaran terletak di dalam laut, 84 kilometer di barat daya Jembrana, barat Bali pada kedalaman 71 kilometer.
Selain Denpasar, gegaran turut dirasai di Gianyar, Tabanan, Buleleng dan Utara Lombok, selain Banyuwangi serta Jember di Jawa Timur.
BACA: Gunung Tangkuban Parahu Meletus
BACA: Mengapa Boieng mahu henti pengeluaran pesawat 737 Max 8?
Susulan rentetan kejadian itu, Ketua Pelaksana Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Provinsi Bali , Made Rentin menasihati agar semua penduduk serta pelancong sentiasa berwaspada.
One thought on “Bali digegar 3 gempa, pemuda lari bogel”
Comments are closed.