Presiden Tunisia tutup usia.

Presiden Tunisia, Beji Caid Essebsi meninggal dunia di sebuah hospital tentera.

“Pada pagi ini, presiden republik ini meninggal dunia di hospital tentera di Tunis. Upacara pengebumian akan diumumkan kemudian,” kata kenyataan pejabat presiden.

Ahli politik veteran berusia 92 tahun itu mula memimpin Tunisia pada 2014, tiga tahun selepas Kebangkitan Arab sebaik sahaja menyingkirkan Zine El Abidine Ben Ali, sekali gus mencetus pemberontakan di beberapa negara Arab.

Merupakan Presiden tertua didunia, beliau dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan yang serius lewat Jun lalu dan sekali lagi dimasukkan ke unit rawatan rapi semalam.

Mengikut Perlembagaan, Speaker Parlimen akan memangku tugas Presiden buat sementara waktu.

Leave a comment