Selepas gegaran di Bali beberapa hari lalu, negara jiran Indonesia sekali lagi digemparkan dengan benca alam.
Kali ini, Gunung berapi Tangkuban Parahu di Bandung dilapor meletus pada pukul 3.18 petang (waktu tempatan) tadi, demikian menurut laporan portal berita CNN Indonesia.
Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) Bandung sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa berhubung aktiviti gunung berapi sebelum itu ia meletus. Pasukan SAR telah mengambil langkah kecemasan dengan mempercepat proses memindahkan penduduk setempat daripada kawasan berkenaan.
BACA: Gempa 3 kali di Bali
BACA: Kenapa Boieng mahu henti pengeluaran pesawat 737 Max 8?
Pejabat SAR Bandung telah meningkatkan kesiapsiagaan dan tahap persediaan untuk menghadapinya. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, Pejabat SAR Bandung sudah bersedia untuk membantu,” jelas Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Jawa Barat, Deden Ridwansyah dalam kenyataan akhbar.
Dalam kejadian terbaru itu, Gunung Tangkuban Parahu setinggi 2,284 meter (m) memuntahkan awan debu setinggi 200 meter.
Awan debu berwarna kelabu dari destinasi pelancongan itu dilaporkan menghala ke arah kawasan timur laut dan selatan.
Sementara itu, pihak bertanggungjawab meletakkan gunung berapi tersebut pada amaran tahap 1. Ia dianggap sebagai normal.
Orang ramai di sekitar Gunung Tangkuban Parahu, termasuk pengunjung, pendaki mahupun pelancong dinasihati berjaga-jaga. Mereka tidak dibenarkan turun ke dasar kawah.



One thought on “Selepas gempa Bali, gunung berapi Bandung meletus”
Comments are closed.