Mafia Israel dibunuh wanita rambut palsu

SEPERTI lagak dalam filem Hollywood, tetapi itulah yang terjadi di sebuah restoran mewah di Mexico City pada Rabu lalu.

Dua lelaki yang dianggap sebagai tokoh terkenal dunia bawah tanah Israel itu mati selepas terkena tembakan dilepaskan seorang wanita yang mengenakan rambut palsu.

Mangsa dikenali sebagai Alon Azulay, 41, dan Benjamin Yeshuran Sychi, 44. Mereka mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

Pihak polis mengawal tempat kejadian | Pic kredit – Skynews

Pihak berkuasa berkata, tindakan itu dilakukan seorang suspek yang dinamakan sebagai Esperanza N berusia 33.

Pihak polis juga tidak menolak jenayah yang kedengaran seperti plot rancangan televisyen Killeng Eve itu dilakukan secara terancang bersama beberapa orang lain.

Sementara itu, portal The Guardian ketika menghuraikan kronologi kejadian berkata, Esperanza bersama seorang lelaki sebelumnya duduk berhampiran meja dekat mangsa di sebuah restoran Hunan dalam pusat membeli belah itu.Mereka kemudiannya memesan minuman.

Wanita itu kemudian bangkit dan mendekati mangsa, menembak kedua mereka dari jarak dekat.

Penyerang itu kemudiannya melarikan diri dari tempat kejadian. Menanggalkan rambut palsu dan bahagian lain penyamaranya di luar pusat membeli-belah namun ditangkap polis ketika cuba meninggalkan pusat beli-belah tersebut.