Debaran penyokong pasukan The Bos Gaurus dan Helang Merah semakin kuat terasa. Malam ini bakal menentukan pasukan mana yang bakal menjuarai Piala FA 2019.
Kedua-dua pasukan nampak bersemangat, Perak (The Bos Gaurus) nampak bersemangat. Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovicmahu berkata, dia mahu menamatkan penantian 15 tahun kemarau pasukan tersebut dalam liga itu.
Sebagai rekod, kali terakhir pasukan Perak menjulang trofi Piala FA adalah pada tahun 2004 apabila mereka menewaskan Terengganu 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Saya gembira dengan tahap persediaan yang dilakukan. Saya harap kami dapat menampilkan persembahan yang menarik untuk semua penyokong,” kata Mehmet pada sidang media praperlawanan.
Disebalik keyakinan ditunjukkan Perak, pasukan Kedah pula mengambil pendekatan lebih sederhana. Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak mahu pasukan itu turun secara ‘low profile’ dan bukan sebagai pasukan pilihan.
Tambahnya, Walaupun tidak tewas dalam kedua-dua perlawanan menentang Perak dalam aksi Liga Super pada musim ini,pasukanya menghormati The Bos Gaurus selaku juara bertahan Piala Malaysia.
“Kami ingin turun dengan ‘low profile’ atau sebagai pasukan bukan pilihan dan memberikan segala-galanya untuk menewaskan mereka, esok.” katanya dipetik laporan Foxsport Malaysia.
Aidil sementara itu mengakui ketiadaan pemain utama Renan Alves yang digantung perlawanan sedikit sebanyak memeberi kesan kepada perlawanan jam 9 malam ini.
Sementara itu, Editor FOX Sports Malaysia, Keeshaanan Sundaresan melalui portal tersebut berkongsikan tiga ‘key battles’ yang bakal menentukan juara malam ini.
Menurutnya, perlawanan malam ini bakal ditentukan dengan kemampuan Brendan Gun (Perak) dan Baddrol Bakhtiar (Kedah) mengawal permainan. Kedua-dua mereka jelasnya sering memberikan aksi mentap pada setiap perlawanan.
Dari sudut serangan dan pertahanan pula, Keeshaanan berkata, kedua-dua pasukan mempunyai pemain terbaik. Kemampuan Fernando Rodriguez melepasi pemain pertahanan tengah terbaik negara, shahrul Saad (Perak) sekali lagi bakal menjadi faktor utama.
Pertembungan ke-tiga pula adalah diantara Shakir Hamzah (Kedah) dan Ronaldo Henrique. Jelasnya kemampuan Shakir memastikan kemaraan Ronaldo pada perlawanan tersebut bakal membuka peluang lebih besar untuk Kedah tampil sebagai juara.
D
One thought on “Piala FA: Menjelang pertembungan Perak-Kedah”