Jangan jayakan agenda musuh HARAPAN – Tian Chua

Seorang pemimpin KEADILAN mendesak agar perselisihan dalaman parti KEADILAN segera ditamatkan.

Naib Presiden parti itu, Tian Chua menegaskan perselisihan telah mendorong wujudnya krisis antara tokoh tertinggi dalam parti.

Memetik laporan MalaysiaGazette, Tian turut menempelak sikap ‘pihak’ tertentu yang suba menyemai benih kebencian, syak wasangka antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sehingga melemahkan parti itu.

Beliau dalam nada amaran juga memberi amaran bahawa tidak sepatutnya sesiapa pun bertanya tentang kesetiaan serta sokongannya terhadap Anwar dan parti.

Tian gesa ahli bersatu | Pic -Google

“Ingatkah kamu tentang Anwar dan penderitaan beliau yang akhirnya memberi inspirasi kepada ribuan di luar sana? Kita sertai parti ini kerana mahukan perubahan.

“Saya sendiri telah mendedikasikan kehidupan saya lebih 20 tahun kepada perjuangan ini, bagi saya ini adalah satu penghinaan terbesar seandainya sesiapa terutamanya ‘muka baharu’ menyoal tentang kesetiaan saya kepada Anwar mahupun parti.

“Dalam KEADILAN, Anwar adalah ketua kita tanpa berbelah bahagi,” tegasnya.

Tambah bekas Ahli Parlimen kawasan Batu itu lagi, beliau akan terus menyokong Anwar menjalankan mandat beliau sebagai presiden dan mengetahui parti itu sekaligus mengambilalih kuasa sebagai Perdana Menteri seperti yang di janjikan dalam konsensus Pakatan Harapan.

Tambah beliau, tindakan sesetengah ahli yang menghangatkan suasana dalam parti dengan melaga-lagakan barisan kepimpinanya hanya memajukan agenda jahat musuh Pakatan Harapan (HARAPAN).

“Wujud agenda ganas serta niat jahat bagi mengelirukan ahli sekaligus mencetuskan keadaan tidak menentu dalam parti.

“Kita sendiri sepatutnya menentangnya dan bukan termakan serta berkelahi antara satu sama lain,” tambahnya.