Memo halang pekerja solat palsu

Sekeping memo larangan pekerja Islam menunaikan ibadat solat ketika waktu bekerja yang tular di media sosial baru-baru adalah palsu.

Seorang pengurus Hond Tat Industries Sdn Bhd yang enggan namanya didedahkan menafikan pihak pengurusan kilang tersebut ada mengeluarkan memo larangan tersebut.

Beliau mengesyaki ia tindakan sabotaj kakitangan yang tidak berpuas hati terhadap syarikat tersebut.

“Ini adalah tindakan sabotaj. Tiada tanda tangan dalam memo itu dan tiada pengesahan daripada pihak pengurusan tertinggi. Sesiapa sahaja boleh mengambil kepala surat dan mencetaknya.

“Kita akan buat laporan polis terhadap perkara ini tidak lama lagi.

“Tiada kakitangan yang dilarang mengerjakan solat ketika waktu bekerja,” pengurus itu dilaporkan sebagai berkata.

Memo itu mencetuskan rasa kurang senang pengguna media sosial, tambahan lagi ia melibatkan fardu wajib bagai umat Islam.

Memo bertarikh 30 Julai itu memaklumkan bahawa semua pekerja tidak dibenarkan pergi solat pada waktu bekerja kecuali pada waktu makan tengah hari sahaja.

Individu yang melanggar arahan itu akan dikenakan denda sebanyak RM500 untuk setiap kali kesalahan.

Hond Tat sementara itu merancang untuk membuat laporan polis berhubung penularan memo palsu itu.

Sementara itu, pengguna laman sosial, Nur Aqillah dalam ruangan komen mengingatkan supaya orang ramai memastikan terlebih dahulu perkara-perkara yang disebarkan.

“Sebab tu pengguna media sosial jangan cepat terpedaya dengan berita yang tersebar,kaji betul2 perkara tu baru share,” jelasnya.

Muhammad Rayyan dalam ruangan komen sama turut mengingatkan pihak pengurusan mana-mana syarikat menghormati adat resam dan pegangan agama rakyat di negara ini.

“Mana-mana syarikat yang mempunyai pekerja melayu kena tahu bahawa solat itu penting dan majikan tidak boleh melarang pekerja melayu/islam bersolat,” tegasnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s