Terbabas, pemandu dan pesakit maut

SEORANG kakitangan kesihatan dan pesakit maut apabila ambulans dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 368.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di Slim River, awal pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira 6.30 pagi, tiga lagi kakitangan kesihatan yang berada dalam kenderaan itu cedera termasuk seorang doktor wanita.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River berkata, kira-kira jam 6.41 pagi pihaknya menerima maklumat kemalangan membabitkan kenderaan jenis ambulans Hospital Slim River.

Berdasarkan maklumat awal, ambulans itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas hingga melanggar besi pembahagi jalan.

“Maklumat awal kemalangan mengakibatkan pemandu dan pesakit wanita dewasa maut di lokasi kejadian ,” katanya ketika dihubungi dipetik laporan media.

Sampai di tempat kejadian, bomba bertindak mengeluarkan semua mangsa dan menyerahkan mangsa yang maut kepada polis untuk tindakan lanjut.

Pemandu yang maut dikenali sebagai Mohd Hafidz Mohd Bahari, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan.

Leave a comment