Agong cemar duli lagi bantu mangsa kemalangan

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menarik perhatian warganet apabila mencemar duli membantu mangsa kemalangan.

Menerusi satu video yang dimuat naik Instagram Istana Negara, Al-Sultan Abdullah dan anakanda banginda, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dilihat turun dari kenderaan rasmi baginda bagi bertanyakan keadaan pemandu wanita dikenali sebagai Maryana.

Kejadian tersebut berlaku di jalan susur pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim pagi tadi.

Baginda dilapor sedang dalam perjalanan ke Muzium Diraja untuk merasmikan Pameran Raja Kita

Tinjuan di laman Instagram tersebut juga mendapati rata-rata warganet memuji tindakan Al-Sultan Abdullah, Farah Diana Anuar berkata, Malaysia bertuah memiliki pemimpin negara seperti baginda.

“Daulat tuanku Raja berjiwa rakyat, semoga sentiasa terbaik dan di lindungi Allah,” tulis Suzana pula.

Sementara itu, natizen juga menzahirkan rasa kagum apabila menyedari baginda sedang memegang tasbih ketika turun dari kenderaannya.

Amcomey dalam komennya berkata “Tangan pegang tasbih,”

Sebelum ini pada 26 Jun lalu Yang di-Pertuan Agong menarik perhatian rakyat apabila banginda membantu mangsa kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke Mesyuarat Pra-Kabinet di Putrajaya.

Leave a comment