Rusuhan: Hong Kong kelam kabut

Tunjuk perasaan besar-besaran di Hong Kong yang berlaku hari ini telah menyebabkan sistem kereta api dan penerbangan antarabangsanya terjejas.

Dalam kejadian terbahru bagi meningkatkan tekanan terhadap pemimpin hab kewangan berkenaan, pendemostran dilapor menyasarkan beberapa sistem kereta api bawah tanah.

Kekecohan di Hong Kong memuncak | Pic- wtop.com

Mereka sengaja membiarkan pintu tren terbuka bagi menghalangnya daripada bergerak ketika waktu puncak.

Keadaan itu menyebabkan pertengkaran antara pengguna tren yang mahu ke tempat kerja dan kumpulan penunjuk perasaan.

Sementara itu, lebih 100 penerbangan di lapangan terbang Hong Kong dilaporkan terpaksa dibatalkan pagi ini dan pihak berkuasa penerbangan memaklumkan kemungkinan berlaku gangguan.

Terdahulu, kemarahan memuncak di Hong Kong memuncak susulan serangan ganas sekumpulan lelaki dipercayai ahli kongsi gelap terhadap penunjuk perasaan prodemokrasi yang dalam perjalanan pulang dari satu himpunan besar.

Seramai 45 orang cedera ekoran serangan terbabit, seorang daripadanya dalam keadaan kritikal manakala lima lagi cedera parah.

Leave a comment