Agong, Raja Permaisuri dikurnia cucu lelaki

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Hajah Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar menimang seorang cucu lelaki hari ini.

Khabar gembira itu dikongsikan Tunku Azizah menerusi hantaran foto putera itu di Twitter rasmi milik baginda

Welcome to the world (Selamat datang ke dunia)…my grandson no 3 (cucu lelaki beta nombor tiga)… Iman selamat melahirkan anak lelaki pagi tadi, Alhamdulillah,” tulis Tunku Azizah di Twitter.

Puteri Seri Paduka, Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah melangsungkan pernikahan dengan Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah bernikah pada 4 Ogos tahun lepas.

Perkongsian foto Tunku Azizah itu menjadi perhatian warganet. Sementara di Twitter, pengguna laman mikro sosial itu turut menzahirkan ucapan sembah tahniah kepada Seri Paduka berdua.

Pada Jun, Raja Permaisuri Agong berangkat ke Istiadat Menempah Bidan di Istana Negara, Kuala Lumpur. Baginda turut menyempurnakan istiadat melenggang perut mengikut tradisi Melayu untuk Puteri Baginda.

Tengku Puteri Iman ketika ditemui pemberita berkata upacara menempah bidan dan melenggang perut tidak sepatutnya dilupakan dan perlu diteruskan generasi masa kini bagi mengekalkan tradisi masyarakat Melayu.

“Ia adalah tradisi ketika anda mengandung anak pertama anda. Tradisi sangat penting dalam keluarga kita. Ia harus diingati dan tidak lupakan sesuatu yang istimewa dalam budaya kita,” katanya dipetik.