TDF Stage 17 – UCI singkir Luke Rowe dan Tony Martin.

KAPTEN pasukan Ineos, Luke Rowe dan Tony Martin yang mewakili pasukan Jumbo- Visma’s disingkirkan selepas peringkat ke-17 perlumbaan Tour de France yang sedang berlangsung.

Pic- Google

Keputusan itu dibuat Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) selepas badan itu mendakwa berlaku ketegangan melibatkan dua pelumba tersebut.

Melalui video dikongsikan UCI dilaman mikro tweeter, Martin dilihat cuba menghalang Luke yang cuba memintasnnya di sebelah kanan pada penghujung peringkat pendakian ke-4. Sejurus itu Rowe kemudian dirakam menunjukkan tangannya kearah muka Martin.

Sekali lagi pasangan itu dilihat berada dalam keadaan tengang sehingga akhir perlumbaan sehingga memaksa UCI menyingkir mereka berdasarkan ketetapan 2.12.007/8.2.1.

Julian Alaphilippe (Deceuninck-QuickStep) kemudiannya dilihat bercakap dengan Martin sejurus selepas insiden itu bagi minta mereka bertenang.

“Terdapat banyak ketegangan dalam peloton pada peringkat itu – semua orang mahu berada di kedudukan yang baik – dan saya melihat sesuatu yang saya tidak suka melihat,” kata Alaphilippe dipetik.

Pengarah pasukan Ineos Sir Dave Brailsford ketika mengulas keputusan UCI itu berkata tindakan mengusir Tony dan Luke dari perlumbaan terlalu keras.

“Saya melihat klip itu dan tidak ada keraguan mengenainya. Tony memotong Lukas sedikit, dia berjuang untuk kedudukannya sedikit. Ia tidak lebih buruk daripada yang anda lihat pada kebanyakan hari perlumbaan,” jelasnya.

Brailford sementara itu berkata, pihaknya akan merayu mengenai keputusan melibatkan kedua-dua pelumba berkenaan.

BACA LANJUT: LTF Stage 18- Quintana tunjuk jaguh

Pada perlumbaan stage ke-17 itu, Matteo Trentin (Mitchelton-Sco. Manakala Kasper Asgreen (Den) Deceuninck-QuickStep dan Greg Van Avermaet (Bel) CCC Team masingmasing di kedudukan dua dan tiga.

Julian Alaphilippe (Deceuninck-QuickStep) pula mengekalkan jersi kuning sebagai pendahulu kejuaraan.

KAPTEN pasukan Ineos, Luke Rowe dan Tony Martin yang mewakili pasukan Jumbo- Visma’s disingkirkan selepas peringkat ke-17 perlumbaan Tour de France yang sedang berlangsung.

Keputusan itu dibuat Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) selepas badan itu mendakwa berlaku ketegangan melibatkan dua pelumba tersebut.

Melalui video dikongsikan UCI dilaman mikro tweeter, Martin dilihat cuba menghalang Luke yang cuba memintasnnya di sebelah kanan pada penghujung peringkat pendakian ke-4. Sejurus itu Rowe kemudian dirakam menunjukkan tangannya kearah muka Martin.

Sekali lagi pasangan itu dilihat berada dalam keadaan tengang sehingga akhir perlumbaan sehingga memaksa UCI menyingkir mereka berdasarkan ketetapan 2.12.007/8.2.1.

Sementara itu, pendahulu perlumbaan, Julian Alaphilippe (Deceuninck-QuickStep) dilihat bercakap dengan Martin sejurus selepas insiden itu bagi minta mereka bertenang.

“Terdapat banyak ketegangan dalam peloton pada peringkat itu – semua orang mahu berada di kedudukan yang baik – dan saya melihat sesuatu yang saya tidak suka melihat,” kata Alaphilippe dipetik.

Pengarah pasukan Ineos Sir Dave Brailsford ketika mengulas keputusan UCI itu berkata tindakan mengusir Tony dan Luke dari perlumbaan terlalu keras.

“Saya melihat klip itu dan tidak ada keraguan mengenainya. Tony memotong Lukas sedikit, dia berjuang untuk kedudukannya sedikit. Ia tidak lebih buruk daripada yang anda lihat pada kebanyakan hari perlumbaan,” jelasnya.

Matteo Trentin juara stage 17 Pic-Cyclingnews

Brailford sementara itu berkata, pihaknya akan merayu mengenai keputusan melibatkan kedua-dua pelumba berkenaan.

Pada perlumbaan stage ke-17 itu, Matteo Trentin (Mitchelton-Scoot) menjuarai perlumbaan. Manakala Kasper Asgreen (Den) Deceuninck-QuickStep dan Greg Van Avermaet (Bel) CCC Team masingmasing di kedudukan dua dan tiga.

Julian Alaphilippe (Deceuninck-QuickStep) pula mengekalkan jersi kuning sebagai pendahulu kejuaraan.

Leave a comment