F1: Vettel digesa berundur

Sebastian Vettel, juara Dunia empat kali kejohanan Formula 1 dinasihati supaya bersara daripada dunia perlumbaan kereta paling berprestij itu.

Bekas pelumba, Mika Salo berkata, langkah itu merupakan satu tindakan terbaik boleh dilakukan pelumba pasukan Skuderia Ferrari itu memandangkan beliau kelihatan seolah-olah sudah hilang minat dalam sukan tersebut.

Sudah enam tahun Vettel gagal membawa sebarang kejuaraan dunia bersama Ferrari walaupun pasukan itu telah melakukan penambahbaikan kepada jenteranya.

Vettel menunjukkan prestasi kurang memberangsangkan | Pic- ESPN.com

Ketidakmampuan Vettel mencabar dominasi Lewis Hamilton dan pasukan Mercedes kebelakangan ini membangkitkan persoalan terhadap keupayaan dan komitmen Vettel yang didakwa semakin merudum.

“Jika kamu hilang perasaan cinta terhadap sukan ini, adalah lebih baik kamu berhenti dan berundur segera demi kebaikan dan masa depan pasukan.

“Di Ferrari, dedikasi yang diharapkan adalah di tahap tertinggi yang sukar untuk dipenuhi kerana kamu berdepan saingan pasukan terunggul,” katanya

Sebagai rekod, Mika Salo pernah menggantikan Michael Schumacher di Ferrari pada 1999.

Leave a comment