Seorang peminat ‘bubble tea’ terkejut dan berang apabila menemui bangkai seekor lipas dalam minuman yang dipesannya.
Lelaki tersebut yang menggunakan nama @AlipXiaodidi di laman mikro twitter dilapor menemui “boba baru” ketika hampir habis menikmati bubble tea jenama terkenal itu.
“Walaupun tengah tular teh boba, saya tak pesan boba tetapi saya dapat sejenis boba baru. Boleh saya tahu kenapa ada dalam minuman saya? Saya siap gigit,” tulis Alif di sambil memuat nama syarikat itu.
Alif mendakwa minuman tersebut dibeli di sebuah pusat beli-belah di Shah Alam.
Sehingga pagi tadi, tweet Alif telah dikongsi hampir 1000 kali.

Seorang pengguna twitter @Ritwanfitri bertanya sama ada lipas berkenaan berasa manis atau tidak
“Manis tak lipas tu?” soalnya. Tweet tersebut kemudian dijawab Alif dengan memberi tahu bahawa lipas tersebut sedikit rangup.
@Kekrinn turut meninggalkan komen dengan berkata “Awww ##### is soo thoughtfu, they even gave you extra protein.”