Piala FA: Fadzrul wira pasukan Kedah

HELANG Merah, menundukkan pasukan Perak pada pentas final Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Pemain gantian, Fadzrul Danel Nizam menjadi wira pasukan Kedah apabila menjaringkan satu-satunya gol untuk Kedah sekaligus mengesahkan gelaran juara kepada pasukan itu.

Kemenangan buat kali kelima sekali gus menyamai rekod Selangor.

Terdahulu dalam aksi final malam tadi, Fadzrul yang menggantikan David William Rowley pada minit ke-103 hanya memerlukan dua minit bagimemecah kebuntuan perlawanan selepas 90 minit beraksi tanpa sebarang gol.

Kedah muncul juara piala FA | Pic- AstroAwani

Pemain muda itu bijak memanfaatkan peluang yang berpunca daripada hantaran Mohd. Rizal Mohd. Ghazali.

Situasi pasukan Perak, The Bos Gaurus yang kekurangan seorang pemain ekoran Amirul Azhan Aznan diarah keluar padang setelah dilayangkan kad kuning kedua juga membuka kesempatan untuk Kedah.

Pasukan kendalian Aidil Sharin Sahak dengan mudah mengawal permainan pada babak pertama masa tambahan.

BACA LANJUT: Menjelang pertembungan Perak – Kedah

Kemenangan Kedah dalam saingan piala FA ini melayakkan pasukan itu beraksi dalam pusingan kelayakan Liga Juara-Juara pada musim depan bersama juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang terus layak ke peringkat kumpulan kejohanan tersebut.