Siti Nurhaliza cedera jatuh basikal

DATUK Seri Siti Nurhaliza dilapor terbabit kemalangan kecil ketika menyertai perlumbaan basikal ‘RHB LEKAS Highway Ride 2019’ yang berlangsung malam tadi.

Siti yang menunggang dalam ketegori 78 kilometer dilaporkan mengalami sedikit kecederaan di lutut kirinya akibat insiden itu.

Bagaimanapun, insiden tersebut tidak mematahkan semangat Siti untuk menamatkan perlumbaan sepanjang Lebuh Raya Kajang-Seremban itu.

“Alhamdullilah medal kedua untuk anakku Aafiyah. Walaupun ibu jatuh, koyak lutut, ibu teruskan hingga ke akhir garisan,” tulis Siti di Instagram malam tadi.

Siti turut memuat gambar memegang medal dengan lututnya kelihatan berbalut.

Perlumbaan malam tadi adalah anjuran kerjasama Kumpulan Perbankan RHB dan Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (LEKAS) anak syarikat IJM Corporation Berhad itu.

Peserta dari pelbagai peringkat usia tampil menguji kemampuan kayuhan menempuh jarak sejauh 78 dan 120 kilometer (km).

Edisi yang memasuki edisi keenam itu berjaya minat bukan saja peserta tempatan malah pelumba antarabangsa.

BACA: Hafizh Syahrin naik podium, tempat kedua lumba basikal

One thought on “Siti Nurhaliza cedera jatuh basikal

Comments are closed.